Assalammualaikum w.b.t..
Hai manusia yang tersayang,
Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa-apa. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.
Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengerjutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti mata-mata juga pasti terpesona melihat kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.
Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya. Makanlah sepuas-puasnya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.
Sahabat, aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping, menonton wayang dan membeli kemewahan dunia. Syabas sahabatku. Engkau telah menbelanjakan rezeki yang kamu perolehi dgn jalan yang betul daripada memberi sedekah kepada orang lain. Duit engkau hanya untuk engkau. Tidak perlulah bersusah-susah untuk orang lain.
Aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalammualaikum tetapi engkau mengucapkan, hai..hello..oit.. Ini juga bagus kerana engkau seorang tidaklah nampak kekampungan. Engkau telah mengikut trend semasa.
Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan.. Kita berpegangan tangan menuju neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku..
Sahabat yang tercinta..
Syaitan
(petikan dari Raudhah tribune)
2 ulasan:
lepas ni ada tak surat daripada jin..hehe..gurau jek ye..bila nak letak resepi kek ni???
-f.ar.r.i.e.z.a-
wahahaha..pasni surat maut dari aku utk ko..lalalala..ahhh!!!aku bz ckit la la ni.klu nk resepi ape2 tggu aku cuti sem kang..hehehehe
Catat Ulasan