Rabu, Mac 17

SURAT DARIPADA SYAITAN

Assalammualaikum w.b.t..

Hai manusia yang tersayang,
Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa-apa. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengerjutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti mata-mata juga pasti terpesona melihat kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya. Makanlah sepuas-puasnya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabat, aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping, menonton wayang dan membeli kemewahan dunia. Syabas sahabatku. Engkau telah menbelanjakan rezeki yang kamu perolehi dgn jalan yang betul daripada memberi sedekah kepada orang lain. Duit engkau hanya untuk engkau. Tidak perlulah bersusah-susah untuk orang lain.

Aku lihat bila engkau bertemu sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalammualaikum tetapi engkau mengucapkan, hai..hello..oit.. Ini juga bagus kerana engkau seorang tidaklah nampak kekampungan. Engkau telah mengikut trend semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan.. Kita  berpegangan tangan menuju neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku..

Sahabat yang tercinta..
Syaitan

(petikan dari Raudhah tribune)

Rabu, Mac 10

KEBALNYA DIRI

Assalammualaikum utk selapis iman dlm diri..

Kebal diri
Bukan bererti tidak mati
 Kebal diri disini bagaikan pembunuh yang bersembunyi
Dihiruk piruk aliran darah tanpa henti
Umpama Sang merak mengangkat diri
mendongak tinggi ke langit ILAHI

Wahai diri yg kerdil lagi hina,
Mengapa sukar kau nyahkan kekebalan mu itu
Mengapa payah utk kau menunduk melihat bumi ALLAH yg kau alasi
Mengapa ego mu mengatasi nikmat ALLAH yg kau perolehi
Mengapa diri??
Mengapa diri ini?

Insan yg bernama diri
Kau berdiri bukan disuruh utk berlari
mengejar harta duniawi
Kau boleh berbicara bukan bererti kau boleh mengumpat mengeji manusia
Kau diberi mata bukannya untuk menatap perkara yg berdosa

Lihat kedalam diri mu wahai diri
Air mata mu murah di alirkan utk hal dunia
hal manusia
Walhal sukarnya ia mengalir bila menghadap ilahi
malah dikerah, dipaksa seangkatan tentera robot
belum tentu ia keluar sendiri
kalau hati
kalau diri
kebal bagai besi

Diri yg berdiri atas kehendak ilahi
Kau diberi peluang utk sekali lagi berdampingan dgn- NYA
Tangisi lah dosa-dosa mu yg berlaku tanpa sedar
Mohon lah kekuatan pada-NYA utk kau tunduk menyembah-NYA
Minta lah wahai diri
Lunturkan ego mu
Teruskan berjalan menuju-NYA
Selangkah diri ini menapak dekat pada ALLAH,
Seribu langkah ALLAH bergerak kearah diri mu.

Jumaat, Mac 5

-KAWAN SIAPA-

Assalammualaikum utk penghuni dalam diri..

KAWAN SIAPA

Pernah dgr x pasal kawan makan kawan?
Pernah dgr x pasal kawan tikam belakang?
Pernah dgr x kawan hanya kawan?
Pernah dgr x??

Kawan..
entah lah..
Kekdg ada, kekdg hilang ghaib
Ibarat tiupan angin dikala senja
Bukan seperti lambaian angin di padang pasir
Angin rasa, nampak pasir
Masih ada meninggalkan bekas kehadirannya

Kawan tu apa???
Kawan tu siapa ye???
Entah lah..
Jawapan di kotak fikiran kita
Bukan di kotak lutut kita
Yang bergerak sentiasa 
Mengikut haluan rasa
Sebab tu lesap tanpa kira

Jgn biar diri jadi kawan yang camni
Bila senang, lupa diri
Bila susah mula lah meraba mencari
Tapi masa ni, jgn salahkan siapa-siapa
Kalau yang diraba,
Kalau yang di cari,
Hilang xberganti dek hancur hati



Rabu, Mac 3


Insafkan diri ini ya ALLAH..Jgn Kau biarkan diriku hanyut dgn nikmat dunia

Isnin, Mac 1

TUHAN LURUSKAN HATIKU

Susah sungguh hendak meluruskan hati
Berubah sahaja situasi
Dia pun berubah dicorakkan
Susah sangat hendak dicorakkan

Di dalam satu warna
Warna hati senantiasa berubah,
Dia tidak mahu istiqamah,
Mudah sahaja tergugat oleh suasana
Apabila mendapat ujian kesusahan

Jika ditambah lagi ujian
Jiwa bertambah parah
Manakala mendapat kesenangan
Bunganya mendapat merah dan cerah
Dia terlonta-lonta kegembiraan
Lupa daratan....
Dia terasa orang istimewa
Orang lain semuanya malang

Tuhan! Luruskan hatiku.......

Di dalam apa jua keadaan
Di waktu susah dan senang
Di masa sempit dan lapang
Engkau jadikanlah hatiku
Dalam apa jua keadaan untuk
Mengingati-Mu...

Pengingatan untuk hati yg sering leka dan jiwa yang sering gundah gulana. Ya allah..Jangan Kau tinggalkan hamba Mu ini dalam keadaan hina Ya allah..



Kembali semula dalam dunia p'blog'kan..

Assalamualikum utk semua dan khasnya utk diri sendiri yang secara tiba-tiba diketuk pintu hati nya utk menjengah blog ni kembali..hehehe

Si F: ko dh tgk lum post kat blog aku yg baru?
Si S: Dah..yg pasal ibu bapa salah mdidik ank2 ke pe tah tu kan?
Si F: Ha la..ko ni bile nak update blog ko plak?P la update..
Si S: Ermm..malas la..byk kije lain..
Si F: Hmm..dgn ber'blog'kan kita ley berkongsi ilmu..ko ley letak resepi2 kek coklat ko ke.
Si S: Ye la..nati aku pikir2 kan yer..

Ni lah antara dialog aku dgn si F, pengerak ke arah utk kembali ber'blog'. Bila dia beritahu, blog ni as a medium to share something. Berkongsi ilmu la senang kata tp ilmu yg bermanfaat la yer, aku terus berfikir. Kalau camtu, senang je aku nk buat pahala dekat sini. Hohoho.. Terima kaseh yang tak terhingga utk sahabat aku tu.. NOOR FARIEZA MOHD NASHIRUDDIN..

Sekian..

semoga ukhwah persahabatan ini bertambah teguh