Rabu, Disember 2

Ilmu yg perlu dicari

Salam..
Semalam aku borak-borak dgn seorang sahabat lama yg masih sama seperti dulu. Masih gila-gila dan kelakar cuma cara pemikiran 'beliau'  tu je yg sudah agak berbeda. Maksud berbeda yg cuba aku timbul kan di sini adalah berkaitan dgn cara berfikir diluar kepompongnya (out of box). Mungkin disebabkan 'beliau' telah menetapkan dan menanam niat yg kuat untuk menjadi seorang pendidik bukan hanya sekadar menyandang status 'pendidik' itu sendiri bah kan ingin melihat bangsanya terus mara ke hadapan. Bila mendengar cerita ataupun mungkin luahan 'beliau' tentang 'peel' rakan-rakan seangkatan beliau di maktab, terdetik di hati ini, apa yg akan terjadi kepada anak bangsa kita bila mereka semua memegang status 'pendidik' itu kelak? Adakah mereka mampu mengalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan sebaiknya sedangkan 'peel' yg mereka tonjol dan agung-agungkan sekarang ini telah menyumbangkan satu titik hitam yg jika tidak di bendung  segera akan menjadi hitam keseluruhannya kelak. Mungkin ada yg tertanye, apakah 'peel'-'peel' mereka ini yg hanya tidak sampai setahun akan menyandang status pendidik? Di sini sy list down kan 'peel' mereka ini:
  • Mereka memperolok-olokan rakan sekelas mereka yg mengisi masa lekang dengan membaca dan menelaah buku. Orang yg membaca buku disaat tiada pensyarah di kelas di anggap pelik a.k.a alien oleh mereka.
  • Mereka menggunakan bahasa-bahasa lucah sesuka hati. 
  • Melepaskan tanggungjawab tugasan tanpa rasa bersalah dan menyebabkan orang lain susah. 
  • Bergaduh sesama mereka di sebabkan perkara yg nonsense.
Ini hanyalah sebahagian 'peel'-'peel' mereka. Mungkin 'peel' ini adalah biasa bagi sesetengah orang ataupun dikalangan mahasiswa/mahasiswi universiti, (aku berani kata sebab aku students u) tetapi ia agak keterlaluan jika berlaku dikalangan bakal-bakal pendidik. Ini hanya pendapat aku..
 
Sebagai bakal pendidik, mereka lah orang kedua yg dipertanggungjawabkan untuk mencorak keperibadian dan memacu pemikiran generasi akan datang  ke arah menghasilkan individu yg berpemikiran. Melalui pemerhatian aku sendiri, pendidik dulu dan sekarang amat ketara sekali perbezaannya sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Tidak hairan la jika wujudnya kes-kes seperti guru mencabul kehormatan pelajar, guru yg merogol dan meliwat pelajar nya sendiri, guru yg terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Pendidik-pendidik beginikah yg kita harapkan untuk mengajar anak-anak kita kelak? Mungkin...mungkin..dan mungkin hanya segelintir pendidik yg berperangai sedemikian rupa tetapi harus di ingat, api yg kecik jgn disangka tidak mampu membakar hutan yg luas.

Kepada bakal-bakal pendidik, lihat lah dunia anda, luaskan pemikiran anda dan bertindak dengan tindakan yg benar.

Sekian..


Lihat mereka dgn pandangan mata hati


Ahad, November 29

Blog baru..

Salam..
Siap jua akhirnya blog aku ni. Ni adalah blog baru..Ye la..blog lama tak dapat dikenal pasti apa masalahnya. Tu la kan, 'advanced' sangat dok meng'modified' blog aku tu. At last, blog entah ke mana. So lepas ni, boleh la aku berkongsi cerita duka dan bahagia kan. Ok..see ya..